Halaman

Sabtu, 15 Jun 2013

Misteri Banduan 650

Mungkin ramai yang dah tahu cerita tentang Banduan 650 ni. . Atau mungkin ada yang baru tahu seperti aku. .

Banduan 650, adalah gelaran yang diberi pada seorang saudara Muslim, Dr. Aafia Siddiqui.


Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika. Dia merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).

Sekarang tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

“Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah sahabat kami yang teraniaya! Aamiiin.”


Khamis, 6 Jun 2013

Hero Drama Setia Hujung Nyawa Nak Kahwin Dah. . .

Siapa tak kenal Amar Asyraf, pelakon lelaki baru yang meletup-letup populariti dengan lakonannya sebagai watak " Zain " dalam drama bersiri petang-petang " Setia Hujung Nyawa ". . Yang tak kenal tu, memang tak tengok TV sebab boikot media-media arus perdana kot. . hahahaha. . 

Walaupun drama " Setia Hujung Nyawa " tu guna muka-muka baru untuk watak utama ( Nelydia Senrose & Amar Asyraf ), tapi memang happening juga. . Buat ramai orang jatuh cinta dengan Hero & Heroin ni. . 


Yang lelaki semua nak jadi ZAIN, dengan harapan dapat awek cun macam ERSALINA. . Yang perempuan pula berebut-rebut nak jadi ERSALINA, dengan harapan dapat boyfriend sweet macam ZAIN. .

Tapi harapan para gadis-gadis yang menyimpan perasaan dengan hero " SETIA HUJUNG NYAWA " ni nampaknya terpaksa la kecewa dan frust menonggeng. . Sebab dia dah nak kahwin pun. .

Rabu, 5 Jun 2013

Peristiwa Isra' Dan Mi'raj


PENGERTIAN ISRA' DAN MI'RAJ
Isra' bererti perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.

Sabtu, 25 Mei 2013

Pakcik Itu Tidak Gila. .


Ada satu kisah yang aku terbaca melalui FACEBOOK. . Tentang seorang pemuda dengan seorang pakcik tua yang kotor penampilannya. . Saat membacakan coretan si Pemuda itu, hati aku turut terusik dan terharu. .

sekadar gambar hiasan

" Ku Sangka Orang Gila "
......26 May 2011.....

Khamis, 23 Mei 2013

Rogol Dan Kahwin, Penyakit Baru Yang Merosakkan Masyarakat

( GAMBAR HIASAN )
Let's say bila saudara perempuan kita diperkosa, lepas tu si pelaku pula nak tutup kes dengan berkahwin dengan saudara perempuan kita tu. . Apa yang kita akan rasa? Geram? Lega?