ASSALAMUALAIKUM..
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
" Dari ILMU datangnya KEKAYAAN.. Jika pun bukan kaya HARTA, tetapi kekayaan HATI.. " -TuaranTV.com™
Hampir setiap dari kita mengimpikan hidup yang lebih baik, bahagia, senang dan tenang tanpa sebarang kerisauan. Untuk mendapatkan hidup yang begitu sempurna, kita sudah semestinya berusaha melakukan apa saja.
Secara umumnya, kita melihat punya pendapatan yang stabil, punya wang simpanan yang banyak, punya banyak harta, ringkasnya hidup mewah itu boleh memberi ketenangan dalam hidup. Tiada salahnya dengan pendapat seperti ini, cuma berapa pasti kita akan benar-benar merasa tenang hati dengan harta dunia?
JIKA kita menilai ketenangan dan kebahagiaan hidup dengan harta dunia, bagaimana pula halnya dengan mereka yang kurang berharta? Adakah mereka tidak bahagia?
Aku sudah sering melihat bagaimana mereka yang berharta tetapi masih tidak merasa bahagia, dan bagaimana mereka yang hidup "kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang" masih mampu tersenyum gembira dan bahagia bersama keluarganya.
Dengan dua situasi yang aku sebutkan diatas, ia bukanlah gambaran keseluruhannya. Kerana masih ada yang berharta dan bahagia menikmati hidup dengan tenang, kemungkinannya 1 daripada 10. Dan mereka yang kurang berharta namun masih tetap senang dengan hidup juga kemungkinannya hanya 1 daripada 10. Sedang sebahagian 9 dari kedua-dua situasi itu sedang bertarung mencari ketenangan hidup.
Persoalannya bukan pada mengapa kemungkinannya hanya 1 daripada 10? Tetapi mengapa 1 itu berbeza dari 9 yang lain?
Jawapannya adalah, ILMU!! 1 daripada 10 itu adalah mereka yang berusaha menguasai ilmu..
Ternyata kekayaan bukanlah sesuatu yang terhad untuk kita nilaikan dengan harta dunia semata-mata, kekayaan juga merangkumi aspek lain kehidupan yang lebih rohaniah.
Kaya harta dunia tidak menjamin kita bakal kaya hati, namun dengan kaya hati sudah pasti kita dekat dengan kekayaan dunia.
Kekayaan dunia dan kekayaan hati adalah bahagian dari kehidupan. Keduanya tidak datang dengan sendiri, namun dengan kita harus memahami tentang kehidupan.
Kehidupan itu adalah sesuatu yang rahsia. Dan rahsia itu adalah sesuatu yang terkunci. Untuk merungkainya kita perlukan kunci..
Dan..
Kuncinya adalah ILMU!! Kerana tugas menuntut, menguasai dan mengamal serta menyampaikan ilmu yang baik adalah fardhu buat kita.
" Dengan berilmu menjadikan kita sebagai seorang pemikir yang baik.. Menjadi seorang pemikir yang baik, memberi kita penilaian yang baik.. Penilaian yang baik membuat kita melakukan amalan yang baik..Dari amalan yang baik datangnya sikap yang baik.. Sikap yang baik menjadikan kita seorang yang baik.. Dan orang yang baik mendapat ganjaran yang baik.. " -TuaranTV.com™
Tiada ulasan :
Catat Ulasan