Halaman

Khamis, 23 Mei 2013

Rogol Dan Kahwin, Penyakit Baru Yang Merosakkan Masyarakat

( GAMBAR HIASAN )
Let's say bila saudara perempuan kita diperkosa, lepas tu si pelaku pula nak tutup kes dengan berkahwin dengan saudara perempuan kita tu. . Apa yang kita akan rasa? Geram? Lega?
 

Bagi kita yang bukan mangsa, ya itu mungkin jalan terbaik untuk menutup malu atau menebus kesalahan si pelaku. Tapi pernah kah kita terfikir bagaimana pula halnya dengan si mangsa? Kesan terhadap emosinya dan bagaimana kehidupannya selepas perkahwinan itu? 

Jika kita fikirkan semula. . PEMERKOSAAN itu sendiri berlaku tanpa rela atau dengan paksaan samada dari segi fizikal atau secara ugutan. Dan sekiranya pun ia berlaku dengan kerelaan ada kemungkinan ia berlaku diluar kemampuan diri mangsa untuk berfikir secara waras yang mungkin di bawah pengaruh dadah dan alkohol atau kegagalan membuat pertimbangan kerana di bawah usia.  . 

Kesimpulannya, dalam apa keadaan atau situasi berlakunya kejadian itu. Perkahwinan antara mangsa dan pelaku itu mungkin bukan jalan yang terbaik, kerana ada kemungkinan si mangsa bakal menjadi hamba seks buat pelakunya.

Riduan Masmud, 40.
Rasanya ramai yang sudah mengenali individu ini. Riduan Masmud, 40 tahun, seorang pengurus Restoren di 1Borneo Kota Kinabalu, Sabah. Beliau dituduh merogol seorang gadis bawah umur berusia 12 tahun 6 bulan pada 10 Februari 2013, jam 10 pagi di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Inanam, Sabah.

Laporan telah dibuat oleh keluarga mangsa, dan beliau didakwa pada 28 Februari lalu. Proses siasatan dan pendakwaan masih dijalankan  ke atas beliau bila akhirnya keluarga mangsa menarik balik laporan yang telah dibuat atas alasan Riduan ingin mengahwini mangsa dan membayar sejumlah denda adat atau " SOGIT " sebanyak RM5,000 kepada keluarga mangsa.

Hal ini menimbulkan kemarahan ramai pihak bila Riduan dengan angkuhnya membuat kenyataan akhbar seolah-olah tiada apa yang berlaku. Seolah tiada di hatinya rasa bersalah melakukan perbuatan itu keatas seorang gadis yang hampir sebaya dengan empat anaknya yang berusia dalam lingkungan 2 ke 17 tahun.

KLIK SINI untuk laporan penuh akhbar TheStar
Pengurus restoran ini mempertahankan tindakannya sambil berkata ia merupakan kes 'Suka Sama Suka' sambil menambah bahawa ia boleh diterima di bawah undang-undang Syariah. - dipetik dari laporan akhbar mStar online.

"Terdapat banyak kes lelaki berkahwin dengan gadis bawah umur. Saya tidak nampak mengapa kes saya ada perbezaan," kata bapa kepada empat orang anak yang berusia antara dua dan 17 tahun. - dipetik dari laporan akhbar mStar online.

Mungkin ada kes-kes lain dimana lelaki berkahwin dengan gadis bawah umur. Namun itu hanya selepas permohonan kebenaran berkahwin oleh pihak perempuan di buat dan bukannya selepas berlakunya pemerkosaan. 

Dan berdasarkan laporan lain juga menunjukkan bahawa perkahwinan antara Riduan dan mangsa boleh dianggap tidak sah.

"Pendaftar memberitahu saya terdapat dua permohonan iaitu satu daripada orang yang mendapatkan kebenaran untuk berkhwin dua, dan satu lagi daripada bapa gadis itu yang meminta izin untuk anak perempuannya berkahwin. Mereka memberitahu saya permohonan bapa dibenarkan tetapi tidak ada kebenaran diberikan bagi lelaki itu untuk mengahwini isteri kedua," - dipetik dari laporan akhbar mStar online.
Jika dilihat, apa yang Riduan cuba lakukan dengan mengahwini mangsanya mungkin kerana ingin menebus perlakuan sumbangnya. Namun dengan keangkuhan beliau mengeluarkan kenyataan tidak menunjukkan dia rasa bersalah. Perbuatannya ini juga mungkin akan menjadi ikutan pada bakal-bakal pelaku untuk menjadikan perkahwinan sebagai jalan melepaskan diri dari hukuman. Yang diakhirnya nanti tetap menjadikan wanita sebagai mangsa kerakusan nafsu syaitan.

KLIK SINI untuk laporan penuh akhbar Berita Harian

Tiada ulasan :

Catat Ulasan