Halaman

Rabu, 24 April 2013

Betulkah Makanan Jadi Lebih Sedap Kalau Kita Duduk Bersila?

Pernah dengar tak makanan yang tak sedap boleh jadi kalau kita duduk bersila atau bersimpuh? Tak pernah kan. . Aku pun tak pernah dengar. . 

Mark ( Founder FACEBOOK ) pun makan bersila..
Sekarang ni kalau nak tengok orang kita ni duduk makan bersila, memang payah. . Semua pun dah upgrade duduk makan atas kerusi. . Kat kenduri kahwin pun tak sedia tikar mengkuang bagi kita duduk makan bersila. . 

Lagi upgrade dengan kemajuan teknologi dan kegilaan media sosial ni sekarang, siap makan baring-baring sambil main internet lagi. . Maju! Maju! 

Tapi aku, jujur lebih suka makan duduk bersila atas lantai. . Sebabnya.. Aku seronok dengan cara low profile dan kampung style. .

Pernahkah kita tertanya kenapa asalnya nenek moyang kita duduk makan bersila? Mungkin " sebab dulu-dulu tak ada bangku " rasanya jawapan paling cepat kita dengar. . IYA! Mungkin. . Tapi sebenarnya ada alasan lain yang lebih tepat dari perspektif yang lain. .

Memang kita Melayu tahu bahawa itulah cara makan yang diamalkan sejak zaman nenek moyang kita dahulu. Kita juga tahu bahawa sebenarnya ia adalah amalan dan ajaran agama Islam dan telah menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w. Ini disebabkan Islam adalah agama yang mencakupi semua aspek kehidupan, termasuk adab makan. Islam juga menjelaskan kaitan makanan dengan perkembangan tubuh badan dan bagaimana ia mempengaruhi spiritual dan kesannya kepada emosi manusia. Bagaimanapun, makan di dalam Islam tidak terbatas kepada soal halal dan haram sahaja. Adab atau tatacara makan juga ada ditetapkan Islam. Antaranya, posisi semasa makan, doa-doa sebelum dan selepas makan, hingga kepada menggunakan tangan semasa makan.

Secara tradisinya, sudah lama menjadi kebiasaan di rumah orang-orang Melayu, tetamu dan tuan rumah serta anggota keluarganya duduk bersila. Duduk bersila atau bersilang kaki bagi orang lelaki dan bersimpuh bagi orang perempuan. Duduk bersila atau bersimpuh bermaksud “beristirehat di atas punggung”. Pada zaman dahulu jika duduk di kerusi ia dianggap kurang sopan, kerana akan ternampak nampak tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka kaki dengan luas.

Budaya makan secara duduk bersila atau bersimpuh memang menjadi amalan sejak dahulu lagi kerana pada ketika itu orang Melayu belum lagi ada perabut atau kerusi meja di rumah. Semuanya beralas tikar mengkuang dan makan di atasnya. Zaman sekarang jarang orang duduk bersila atau bersimpuh, lebih-lebih lagi di bandar-besar, melainkan untuk majlis doa selamat, tahlil, kematian dan lain-lain majlis yang berkaitan dengan agama Islam.
Duduk bersila atau bersimpuh adalah amalan yang paling baik untuk makan dan minum. 

Diriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w selalu makan dan minum dalam keadaan duduk. Apa hikmahnya? Sebenarnya makan terlalu kenyang akan menjadikan tubuh badan kita tidak aktif dan otak menjadi layu dan lemah. Oleh itu, kita dianjurkan makan dalam keadaan duduk. Dengan duduk bersila atau bersimpuh, bahagian bawah perut kita akan kecut dan perkembangannya terhad. Lantas, hanya dengan sedikit makan, kita sudah kenyang. Sebaliknya, jika kita berdiri atau duduk di kerusi, perut kita bersedia menerima makanan tanpa terkawal. Secara tidak langsung ia bagaikan amalan “DIET” agar kita kurang makan.

Sesungguhnya duduk bersila atau bersimpuh mencerminkan kesopanan orang Melayu kita berbanding duduk di kerusi.


Nampak tak permainannya, kenapa kita makan paling bagus bila duduk bersila atau bersimpuh? 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan