Halaman

Sabtu, 5 Januari 2013

Kehidupan Dan Urusniaga


ASSALAMUALAIKUM..
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang..


Sebenarnya urusniaga itu amat dekat dengan kehidupan kita sehari-harian. Persoalannya, apakah kaitan antara kehidupan seharian kita dengan urusniaga? 


Tidak boleh tidak, kita pasti cuba menafikan betapa hampir setiap urusan kita di dunia ini melibatkan soal urusniaga. Betul tak? ^_^ 

Dalam kehidupan ini, selagi ia melibatkan perundingan dan persetujuan dua pihak ( atau lebih ), melibatkan pertukaran sesuatu ( produk atau perkhidmatan ), ia masih dalam lingkungan urusniaga. 

Dari urusan mendapatkan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Memenuhi kehendak seperti menikmati makanan yang lebih enak, pakaian yang lebih cantik, tempat tinggal yang lebih selesa, memiliki kenderaan untuk memudahkan pergerakan, telefon pintar yang canggih untuk memudahkan kita berhubung dengan orang lain. Itu adalah suatu urusniaga. 

Dari keperluan mendapatkan pendidikan secara formal samada di sekolah, kolej, universiti, atau institusi berkaitan pendidikan. Itu juga melibatkan soal urusniaga. 

Malah bila kita berbicara soal jodoh dan mendirikan rumahtangga, itu juga merupakan suatu urusniaga. 

Mungkin ada yang kurang bersetuju. Aku akan cuba kaitkan hubungan antara kehidupan dan urusniaga seringkas yang mungkin. 

Pasti kita pernah mendengar ungkapan hadis Rasulullah, "9/10 rezeki datang dari perniagaan". Dari ungkapan ini terkandung maksud yang tersirat. 

Antaranya, rezeki. Rezeki ini tidak semestinya berkaitan wang. Boleh jadi rezeki itu datang dalam bentuk mendapat kesihatan, pendidikan, bertemu jodoh, mendapat cahaya mata, kenaikan pangkat dan lain-lain. 

Selanjutnya dari soal rezeki ini ialah bagaimana kita mendapatkannya. Sudah tentu kerana usaha. Dan usaha itu adalah sesuatu yang kita kerjakan. 

Dalam perkara yang kita usahakan ( kerjakan ) secara tidak langsung sebenarnya kita memberi. Dan bila berbicara tentang "memberi" sudah pasti ada yang "menerima". 

Perkara "memberi" dan "menerima" ini samalah halnya seperti "menjual" dan "membeli". Dan hubungan antara jual dan beli ini adalah suatu urusniaga. 

Maka jika difikirkan sedalamnya, secara tidak langsung antara kehidupan dan urusniaga itu punya hubungan yang begitu dekat. Bukankah begitu? ^_^ 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan