ASSALAMUALAIKUM..
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
![]() |
( Gambar Hiasan ) |
" Perigi Mencari Timba "..Antara perumpamaan yang sering dirujukkan pada wanita yang berusaha mencari seorang lelaki sebagai teman hidupnya. Pemahaman sebahagian kita dan penggunaannya dengan kiasan sindiran secara am-nya telah menidakkan hak wanita untuk mencari dan melamar pasangan hidup mereka sendiri. Mentaliti masyarakat kita banyak terbelenggu dengan adat sehingga kadang-kadang hal yang dibolehkan dalam agama dinafikan di alam melayu. Bukanlah tujuan aku untuk menolak adat kita sebagai melayu, tetapi setidak-tidaknya biarla soal agama didahulukan sebelum perkara adat.
Wajarkah bila wanita melamar lelaki? Seperti yang telah kita sedia maklum, di akhir zaman ini ramainya wanita mengatasi jumlah ramainya lelaki pada kadar 30 : 1.. Dan menemukan seorang lelaki yang soleh dan benar-benar mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah pada keluarganya, umpama “ mencari sebutir berlian dalam longgokan kaca ".
Psikologi seorang wanita pastinya menuntut seorang lelaki yang benar-benar mampu membimbing dirinya serta anak-anak ke jalan yang diredhai ALLAH, memimpin mereka ke Syurga ALLAH. Dan sudah sewajarnya wanita juga punya hak untuk melamar bakal suami untuk diri mereka.
Bolehkah wanita melamar lelaki? Hal ini semestinya dibolehkan di dalam Islam, berdasarkan beberapa peristiwa dalam riwayat hidup Rasul Junjungan kita, Muhammad SAW..
Rasulullah SAW sendiri telah dilamar oleh Siti Khadijah untuk dijadikan sebagai suami. Beliau berketurunan bangsawan yang kaya-raya. Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi. Namun begitu, Siti Khadijah tidak sekali berasa rendah diri untuk melamar Baginda Rasulullah SAW yang jauh lebih muda dari dirinya.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan, Anas RA berkata :
“ Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya! ” -Riwayat Bukhari.
Selain itu, Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya, Siti Habsah. Peminangan Umar ditolak oleh Saidina Abu Bakar dengan cara yang terhormat, dan Umar sendiri menerima penolakan itu dengan redha. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah. Maha Pengasih ALLAH, bila DIA tidak pernah mengecewakan hamba yang bersungguh-sungguh menunaikan syariat-NYA.
Telah jelaslah urusan wanita melamar lelaki sebagai teman hidup dibolehkan menurut Islam dan tidak menyalahi dari segi akidah dan syariah.
Kaedah melamar.
Sebenarnya kaedah untuk wanita melamar seorang lelaki sebagai pasangan hidup tidak banyak berbeza dengan kaedah konvensional dalam urusan lelaki melamar wanita. Samada melalui orang tengah ( wali atau ahli keluarga ) atau melamar bagi pihak sendiri secara terus.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan