Belum selesai dengan kejadian yang berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Muncul pula satu khabar angin yang berlegar di media alternatif seawal jam 7 petang tadi..
Beberapa das bunyi tembakan kononya terdengar di kawasan sekitar Tawau dan Semporna terutamanya di Kampung Simunul, Semporna.. Masing-masing di media sosial menyebarkan versi sendiri dengan mengaitkan bunyi tembakan itu dengan pencerobohan di Lahad Datu..
Lahad Datu : Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi mengesahkan dua anggota polis cedera ditembak penyerang hendap berhampiran Kampung Simunul, Semporna.
Beliau, bagaimanapun menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden pencerobohan di LAhad Datu.
Setakat ini katanya, polis masih memburu kumpulan penjenayah terbabit.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan