Kes pencerobohan "Sultan Sulu" dan pengikutnya di Lahad Datu yang kemudian merebak ke kawasan lain di Sabah, mendapat perhatian seluruh Malaysia dan Dunia. Dengan kejadian siri tembak-menembak yang mengorbankan beberapa nyawa anggota keselamatan, mendatangkan kemarahan rakyat. Dendam tercetus..
Dengan masing-masing pihak pembangkang dan kerajaaan saling tuduh-menuduh, ketegangan politik terjadi malah mendatangkan kekeliruan dikalangan rakyat. Api amarah semakin marak..
Dalam keadaan seperti ini, dengan amarah dan dendam yang terwujud. Ada pula pihak yang sengaja "menyimbah minyak" dengan menyebarkan gambar-gambar palsu di internet dengan tujuan dan niat yang kita belum pasti..
![]() |
( GAMBAR#1 ) |
Cuba perhatikan dengan teliti pada bahagian atas banner yang tertulis "we support sultanate sulu".. Terdapat tulisan jawi yang tenggelam dibahagian belakang.. Kemudian aku cuba Google maklumat berkenaan persatuan seperti yang disebut dibahagian bawah banner "Tausug Mindanao Association, Illigan City".. Dan hasil carian tidak menemukan sebarang maklumat berkaitan melainkan "Tubuh Sug Mindanao Association, Illigan City"
Tiada ulasan :
Catat Ulasan