Halaman

Sabtu, 9 Mac 2013

Laporan Polis ABS, TTV & TTV.com Terhadap Si Pemfitnah


Dah beberapa hari terbiar.. Kesian Blog Tuarantv.com.. Terpaksa berehat seketika menulis entri, sebab ilham belum berapa nak datang.. Al Maklum lah, nak menulis blog ni kena dengan hati yang suci murni, yang jujur baru entri pun seronok je dibaca bagai..

For the moment, dalam pikiran aku masih sesak dengan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu tu. As we know, banyak sangat informasi dan khabar-khabar angin berlegar melalui laman-laman sosial . Ada yang dari sumber boleh dipercayai, tapi lagi banyak dari sumber yang tidak boleh dipercayai.. Dan ini mendatangkan STRESS!! Sebab tu aku malas nak tulis entri.. hehehe..

Tapi hari ni aku tulis sebab saja nak POYO! pasal aku dah buat report polis on behalf of my fellow admin di laman Facebook Anak Bajau Sabah, TuaranTV & Tuarantv.com..

POYO la sangat kan? Tapi sebenarnya laporan ini dibuat atas dasar tanggungjawab sebagai pengendali laman sosial Facebook dan sebagai rakyat Malaysia.. Lebih-lebih lagi bila kami dari 3 Fanpage ni mendokong kempen #saveSABAH..

Siapa individu yang kami laporkan?

Lampiran screenshot ( klik untuk besarkan imej )

Apa benda yang dia dah buat? Dia post something je kat Facebook.. Bukan apa pun kan..

Lampiran screenshot ( klik untuk besarkan imej )
Ok, korang dah baca kan? Now, sila sakit hati..

Selepas perbincangan diadakan dikalangan admin dan selepas mengambil kira pandangan dari Followers.. Maka pada tanggal 08 Mac 2013 ( harini ) jam 9.30 pagi, suatu laporan polis telah dibuat..


Lampiran laporan polis yang dibuat berbunyi begini,
Pada jam 11.40 pagi,  7hb mac 2013, semasa melayari laman web facebook, ternampak satu kenyataan yang dibuat oleh penama dipercayai Jackleen Joe  yang dipercayai berasal dari Bandau, Kota Marudu dan dipercayai bekerja di “Goverment” seperti yang tercatat dalam akaun profil beliau di https://www.facebook.com/jackleen.joe
Dalam kenyataan yang beliau siarkan melalui wall sendiri (link 1) dan dikongsi ke Laman Facebook STAR SABAH (link 2), beliau dengan jelas telah telah mengaibkan pasukan pertahanan PDRM, ATM, pejuang-pejuang tanah air yang telah terkorban serta cedera semasa bertugas di Ops Sulu/Daulat disekitar daerah Lahad Datu dan Semporna. Selain mengaitkan kejadian pencerobohan ini sebagai sebuah konspirasi dan drama yang melibatkan “pasukan khas polis”.
Beliau dalam kenyataan yang telah dimuatnaik juga mempertikai Operasi yang dijalankan oleh pasukan pertahanan PDRM dan ATM sebagai operasi untuk mengaburi pandangan masyarakat.
Saya, pembaca serta pengguna Facebook yang lain percaya bahawa kenyataan ini telah memfitnah dan menjatuhkan maruah anggota polis yang terkorban, serta keluarga yang terlibat, Pasukan keselamatan PDRM dan ATM, semua petugas Ops Sulu/Daulat, Kerajaan Malaysia serta kami sebagai rakyat Malaysia. 
Selain itu kenyataan ini juga telah menimbulkan perasaan marah, malu, dihina dan kebimbangan serta panik kepada saya, pembaca atau pengguna facebook serta masyarakat Malaysia termasuklah keluarga yang terlibat, Pasukan keselamatan PDRM dan ATM, semua petugas Ops Sulu/Daulat.
Dini saya juga lampirkan bersama gambar screenshot yang dicetak daripada laman web facebook yang menunjukkan kenyataan jackleen joe serta gambar anggota keselamatan pdrm yang terkorban yang dipercayai dimuatnaik oleh jackleen joe dengan tujuan menyebar fitnah yang memudaratkan ketenteraman serta menghina masyarakat malaysia.
Saya membuat laporan polis supaya siasatan dan tindakan dapat diambil keatas orang yang dipercayai bernama jackleen joe.
Link 1: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=136032133237350&set=a.136032169904013.1073741825.100004916914857&type=1&relevant_count=1
Link 2 : (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=136031816570715&set=o.290742517635157&type=1)

KATA AKU
Sesungguhnya kita memang diberikan hak dan kebebasan bersuara melalui media-media alternatif. Tapi kita seharusnya juga berusaha untuk menyampaikan perkara yang benar. Kita berhak menapis setiap kandungan atau sebarang tulisan sekiranya ia mendatangkan kemudaratan. 

Tidak menjadi kesalahan jika membuat sesuatu pendedahan, tapi sebaiknya disertakan dengan bukti yang kukuh. Dalam kes kenyataan Jackleen Joe ini, beliau haruslah berani tampil membuat penjelasan dan bukannya berselindung disebalik akaun palsu jika beliau berkata benar dan tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi disebalik pendedahan yang dibuat. 

Nasihat aku buat rakan-rakan yang bercadang mengikut jejak langkah Jackleen Joe. Tak guna nak buat fake akaun, sebab anda masih boleh didakwa dengan nama atau id samaran. SKMM punya kepakaran untuk mengesan kita walaupun kita cuba menjadi seperti "sesumpah" / cameleon.. ^_^

Tiada ulasan :

Catat Ulasan