LAHAD DATU 3 Mac - Seorang penceroboh yang terlibat dalam serangan hendap ke atas pasukan keselamatan di Kampung Srijaya Simunul di sini, mati selepas dipukul penduduk kampung.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, lelaki berusia 60-an itu dipukul oleh lebih 20 penduduk Kampung Sinalang Lama Kabogan yang berang selepas lelaki berkenaan cuba menawan 80 penduduk kampung tersebut.
"Lelaki berkenaan yang bersenjatakan M16 dan pelancar roket menyelinap masuk ke kampung berkenaan yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Kampung Srijaya Simunul sebelum mengarahkan penduduk keluar rumah dan menuju ke Masjid Sinalang Lama.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130304/je_02/Penceroboh-mati-dipukul-penduduk#ixzz2MXnQvUmk © Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan