Halaman

Jumaat, 1 Mac 2013

Kejadian Berbalas Tembak Di Lahad Datu


Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.



Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.

Sumber : Informasi.my

KATA AKU Selepas beberapa minggu.. Walau negara cuba bertolak ansur dengan penceroboh, cuba mengelak berlakunya pertumpahan darah.. Tapi pertempuran akhirnya terjadi juga.. Semoga sahaja anggota keselamatan kita dan penduduk kawasan sekitar berada dalam Lindungan-NYA.. Amin..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan