Halaman

Sabtu, 23 Mac 2013

Kiram Saman Malaysia

Hukaloh! Tak habis-habis lagi "pokcik" ni.. Kes terdesak ke apa ni? Cakap tak ada duit.. Tapi nak bayar kos guaman nak failkan saman ada pula.. Bayar cash ke atau bayar.... oops!!! censored!! 


TAGUIG CUTY, Filipina - Pasukan peguam pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) kini dikatakan sedang menyiapkan kertas tuntutan mahkamah untuk menyaman kerajaan Malaysia atas dakwaan membangunkan dan merampas Sabah secara haram.

Memetik laporan akhbar dalam talian, The Manila Times.Net, saman yang dihantar kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu menyatakan tuntutan 'denda' sebanyak AS$25 bilion (RM77.8 bilion) daripada kerajaan Malaysia. Jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani memberitahu, saman tersebut adalah jawapan kepada tuduhan melakukan keganasan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas lapan rakyat Filipina baru-baru ini. 

Korang dah baca, korang dah tengok gambar kan.. So now sila sakit hati secara berjemaah..

Aku kalau nak ikut hati yang tak berapa nak baik, rasa nak lempang je muka "pokcik" ni.. Dah buat huru-hara tempat orang, lagi mau main serangan psikologi.. Ni buat saman atas dasar nasihat ke apa? Lebih kurang je permainan.. kan! kan! kan!.. Kalau tengok rupa, memang nampak sangat kurang bijak "pokcik" ni.. Jadi rasanya "patung" je kot..

Secara peribadi aku rasa "pokcik" ni terdesak duit je.. Sebelum ni dia pun dah pernah mengaku yang dia ni antara "Sultan" yang paling miskin di dunia.. So ni kes kesempitan wang lah kiranya, sebab tu sanggup nak hantar orang masuk sini guna segala ilmu black magic yang ntah-apa-apa-ntah.. Black magic tak jalan.. Tentera "celop" pun tak boleh pakai, sikit-sikit nak mati, gempur sikit dah mati.. Maka terpaksalah guna "jalan belakang".. Kemana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi.. Ye tak?! Like mentor, Like protege lah.. :p

Nak salahkan seratus-peratus kat "pokcik" ni, tak boleh juga.. Biasa lah, kesusahan dan kesempitan hidup ini selalu menjurus ke jalan yang kurang baik bila Iman didada kurang teguh.. Lebih-lebih lagi bila kita melihat dunia dengan "sebelah mata" macam "pokcik" ni.. Nak tengok dengan jelas benda tu realiti atau fantasi, betul atau salah, logik ke tak logik, WAJIB kena guna dua belah mata.. :p

Apa pun sama-sama kita berdoa agar "pokcik" diberi hidayah untuk bertaubat atas perbuatannya.. Amin..

KATA AKU Ada hati pula nak saman.. Jangan "pokcik", "U ULANG I SAMAN U".. :p

Tiada ulasan :

Catat Ulasan