Kelmarin 01 Mac 2013 bersamaan dengan Hari Jumaat.. Negara dikejutkan dengan berita berlakunya pertempuran antara anggota keselamatan bertugas dengan penceroboh yang berkubu di Kampung Tandou, Lahad Datu.
Laporan tidak rasmi mula berlegar seawal pagi dalam laman-laman media sosial Facebook, Twitter dan Blog. Pelbagai versi laporan disampaikan sehingga menimbulkan suasana panik dikalangan netizen.. Isu Lahad Datu menjadi trending, dan sehingga hari ini masih menjadi buah mulut untuk diperkatakan.. Ada yang menyuarakan kesedihan berikutan berlakunya pertumpahan darah sehingga mengorbankan dua anggota keselamatan kita, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, mendoakan keselamatan anggota yang ditempatkan disana..
![]() |
Gambar kenangan anggota yang terkorban bersama keluarga masing-masing. Allahyarham Insp. Zulkifli ( Gambar kiri ) Allahyarham Kpl. Sabaruddin ( Gambar Kanan ) |
Namun tidak kurang juga ada pihak yang mempolitikkan isu ini, menuding jari dan meletakkan kesalahan pada pihak tertentu kerana kegagalan mengusir penceroboh serta sistem pertahanan yang lemah..
Pada pandangan aku, kita telah sebaik mungkin mengelak berlakunya ketegangan dan suasana huru-hara yang tidak terkawal. Namun peristiwa yang berlaku ini ada hikmah yang tersirat. Hikmah yang Insya-ALLAH mampu kita rungkai dengan bertenang tanpa mempolitikkan keadaan serta menyusuri kronologi sehingga tercetusnya peristiwa berdarah ini..
Tiada ulasan :
Catat Ulasan