Halaman

Isnin, 22 April 2013

Ben 'Lambong' Si Penarik Kereta

Jangan pikir Mael Lambong saja yang ada. Ben Lambong pun ada juga bah. . Sama-sama penarik kereta, tapi berbeza AKTA. . Kalau Mael "tak makan rasuah", yang si Ben ni "tak makan duit halal". .


Dari aduan ramai orang di mukabuku si Ben ni memang kaki tipu. . SCAMMERS. . Tak cukup tipu, siap curi lagi. . Pakej. . " BELI TIPU FREE CURI ". . :p



Mesej dari Puan Nadia ke Wall Tuarantv :
saya nak minta bantuan kepada orang orang ramai, untuk memberi maklumat tentang lelaki dalam gambar ini yang cuma dikenali sebagai Ben, nombor tel 013-8887811 dan kononnya tinggal di Tenghilan , Tuaran.minggu lepas suami saya terlibat dalam kemalangan dan lelaki ini mengatakan bahawa dia adalah seorang pembawa tow truck dr syarikat produa dan telah meminta bayaran pendahuluan sebanyak RM230 dr suami saya.keesokan harinya beliau telah mengambil bateri kereta tersebut tanpa pengetahuan kami.sekarang lelaki ini telah menghilangkan diri selepas membuat penipuan dan laporan polis sudah dibuat terhadap dia.Sesiapa yg mengetahui dimana atau mengenali dia boleh menghubungi saya atau suami di nombor 088-473992 atau 0111-6039469..

Betul ke tak orang Tuaran ni, memalukan I sungguh lah Encik Ben ni. . Tak GENG la macam ni. . :/

Dah macam tak kerja lain nak buat. . Mungkin kalau iya pun kerja makan gaji tu tak berapa nak menampung hidup, cubalah cari kerja sambilan yang halal. Berniaga kecil-kecilan pun boleh. . kan. . kan. . kan. . Banyak lagi option. .

Kita ni bila nak cari rezeki, cari lah rezeki yang halal. Buat kerja biar jujur, biar amanah dengan kerja. Jangan nak mencuri, walaupun sekecil masa. . Sebabnya kita ni kalau kerja makan gaji, dibayar untuk tempoh jam bekerja. Let say kalau kita curi masa nak mengular buat benda lain dari tanggungjawab kerja tu pun dah kira kita makan hasil yang tak halal, sebabnya tak amanah dengan kerja yang diberi. . Kalau buat macam tu, biar duit beribu-riban pun tetap rasa tak cukup.. Duit angin kata orang-orang tua. . Tapi kalau kita kerja jujur, amanah dan dari hasil yang halal.. Insya-ALLAH, sikit macamana pun tetap merasa cukup. .

Tiada ulasan :

Catat Ulasan