Halaman

Khamis, 9 Mei 2013

Diantara Yang Sebelah Sana Dan Yang Sebelah Sini. .


Betul. . Kalau hati dah benci, apa benda kita dengar, apa benda kita lihat biar sahih belum pasti kita tetap akan percaya. . Kalau hati sudah terlalu taksub yang palsu jadi benar.. 

Kesimpulannya kita ini cepat bersangka buruk, mengambil sesuatu bulat-2 tanpa penilaian.. Paling teruk bila kita dengar orang sebelah sana bilang 'iya', kita disebelah sini pun tidak mahu ketinggalan. Yang tiada pun kita adakan. .

Kita cuba samakan disebelah sana dan disebelah sini. . Kita lupa pada pepatah, "masuk kandang lembu, menguak. masuk kandang kambing, mengembek". . Kita terikut sebelah sana, masuk kandang mana-2 pun "dia" menyalak. Jadilah kita penyalak bukit. .

Harus di ingat sebelah sini dan sebelah sana itu berbeza. . Mereka hidup berkandang-kandang, tapi kita ini hidup sekandang. .

Tiada ulasan :

Catat Ulasan